Sunday, November 25, 2012

Penduduk Melaka Gempar Awan Berwarna Pelangi Muncul


Penduduk Melaka Gempar Lihat Awan Berwarna Penduduk Melaka Gempar Lihat Awan Berwarna
Penduduk Melaka Gempar Lihat Awan Berwarna : Para penduduk Kampung Balai Panjang, Melaka Tengah, di sini, gempar seketika selepas melihat satu tompokan awan berwarna-warni di langit, pagi semalam.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku dan disedari kira-kira jam 11.30 pagi apabila seorang penduduk yang menyaksikan fenomena itu memaklumkan kepada penduduk lain.
Menurut seorang penduduk, Mahat Baba, 55, dia menyedari kejadian itu apabila dimaklumkan jiran selepas pulang dari pasar.
“Sebaik sampai ke rumah, saya nampak ramai orang berkumpul sambil memandang ke arah langit dan terkejut selepas diberitahu mengenai perkara itu.
“Kepulan awan itu mempunyai sekurang-kurangnya lima warna dan dapat dilihat dengan jelas, malah ada penduduk merakam gambar itu menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, kepulan awan berwarna-warni berkenaan bagaimanapun mulai hilang selepas kira-kira setengah jam kemudian.
Katanya, kejadian itu pertama dialami penduduk kampung dan menganggapnya sebagai kebesaran Allah. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More