Saturday, November 24, 2012

Penganut Buddha Wajar Kekalkan Kerajaan BN - Master Hsing





PM Terima Kunjungan Tokoh Agama Buddha Master Hsing Yun


PUTRAJAYA –  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menerima kunjungan tokoh agama Buddha dari Taiwan, Master Hsing Yun, pengasas Fo Guang Shan Buddhist, di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini.
Pada pertemuan selama kira-kira 15 minit itu, Najib dan Master Hsing Yun bertukar-tukar pandangan mengenai keharmonian beragama dan keamanan dunia.
Kemudiannya, Master Hsing Yun menyampaikan kaligrafi Cina “Ji Xing Gao Zhao” yang bermaksud “Bintang Bertuah Bergemerlapan Di Langit” kepada Najib.
Turut hadir Presiden Buddha’s Light International Association (BLIA) Malaysia, Lim Bon Khai dan Ketua Sami Fo Guang Shan Malaysia, Jue Cheng.
Master Hsing Yun sedang dalam rangka lawatan lima hari ke Malaysia.
Beliau akan menghadiri upacara keagamaan Buddha di Stadium Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu.


Kira-kira 80,000 penganut Buddha yang dipimpin Pengasas Kuil Fo Guang Shan di Taiwan, Master Hsing Yun berkumpul di Stadium Shah Alam di sini malam ini, bagi menggalakkan gaya hidup harmoni

Pada majlis yang bermula pukul 6 petang itu, Master Hsing Yun, 86, menggesa setiap penganutnya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni, menerapkan kasih sayang dan melakukan kebaikan antara satu sama lain.

"Penganut ajaran Buddha harus mematuhi peraturan iaitu tidak melakukan kejahatan seperti berbohong, mencuri, pembunuhan dan melakukan kesalahan seksual.

"Jika mereka mengamalkan peraturan tersebut, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berdisiplin dan kukuh perpaduannya,'' kata beliau.

Hsing Yun turut menasihati rakyat Malaysia supaya tidak sesekali menghancurkan perpaduan kerana keadaan itu boleh melemahkan kekuatan negara.

"Majlis ini membuktikan Malaysia merupakan sebuah negara yang bersatu-padu dan semua bangsa mampu berkumpul dalam keadaan aman damai tanpa sebarang ancaman," ujarnya.

Selain Malaysia, mereka yang turut serta dalam Majlis Kebudayaan Buddha dan Kesyukuran Dharma - Master Hsing Yun ialah dari Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Taiwan.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More