Tuesday, November 13, 2012

Saya tak kisah tayang dada jadi kontroversi... ~ Lana Nordin

Dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak yang diterajui dua pelawak Johan Raja Lawak dan Nabil Ahmad itu, sebagian buah dada Lana Nordin kelihatan terdedah dan ia telah dijadikan bahan komedi oleh pelakon Khir Rahman apabila dia turut melawak menggunakan bahan longkang (lurah) Lana Nordin di dalam sebuah babak.

Malah, pelakon Sharifah Shahira yang turut membintangi filem itu juga melawak dengan menggelarkan Lana sebagai Hantu Kopek sedangkan watak Lana ketika itu masih seorang manusia.

"Jika imej seksi saya berjaya dijadikan bahan komedi, maknanya saya berjaya membawakan watak komedi dalam filem ini. Saya tidak mahu membataskan bakat lakonan saya kerana saya ingin jadi pelakon yang serba boleh.

"Saya sudah tak hairan dengan apa jua bentuk kontroversi yang dilemparkan kepada saya selepas ini. Malah, saya anggap gelaran Hantu Kopek sebagai joke dan terpulang kepada tafsiran setiap orang," jelasnya lagi.

Sungguh pun begitu, Lana akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kontroversi yang melanda kerana dia terlebih dahulu sudah pun memberitahu ahli keluarganya mengenai penampilannya di dalam filem itu.

"Saya tidak kisah apa orang nak kata kerana saya tahu keluarga saya terlebih dahulu tahu apa yang saya pakai dan lakukan ketika itu kerana saya sendiri sudah menghantara foto saya ketika penggambaran.

"Mak saya ada menegur tetapi saya beritahu dia nak buat bagaimana kerana saya lakukan kerana lakonan. Malah Finas sudah pun melepaskannya, jadi mak saya boleh cakap apa lagi.

Lagipun mereka tidak boleh nak bercakap apa-apa atau berbuat apa-apa kerana saya pun sudah besar ," luahnya lagi

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More