Monday, November 5, 2012

Sinopsis Telefilem Rebah Taubat


Sinopsis Telefilem Rebah Taubat

Rebah Taubat mengisahkan seorang isteri yang bersikap curang terhadap suaminya. Pasangan suami isteri itu dilakonkan pelakon Nabila Huda (Wati) dan Sharnaaz Ahmad.

Mereka hidup serba sederhana dan bahagia tetapi atas hasutan sahabat baiknya, Jaslena (Nas Adila), Wati sanggup meninggalkan suaminya untuk bersekedudukan dengan orang kenamaan demi mencari kemewahan dan kesenangan hidup.

Namun demikian, hasil hubungan haramnya, Wati mengandungkan anak luar nikah.

Apabila dia ditinggalkan pergi, Wati kembali ke pangkuan suaminya dengan perut memboyot.

Untuk menyaksikan apakah kesudahan hidup Wati dan suaminya, saksikan siarannya nanti di TV3, sempena Maal Hijrah pada 15 November 2012.

Senarai Pelakon Telefilem Rebah Taubat :-

Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Nas Adila, Zul Ariffin, Engku Faridah, Hafizzudin, Aripah Damanhuri, Faiz Fadzil, Lan Zailan, Zaidi Rock dan Putri Shasha.

Penggambaran drama Rebah Taubat dibuat sekitar Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Skrip telefilem Rebah Taubat ditulis Mufid Suhaimi Bahaudin.

Pengarah Rebah Taubat ialah Shuhaimi Lua Abdullah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More