Tuesday, November 20, 2012

Tak Nak Melacur Lagi


Ibu bapa mana yang tak mahu anak mereka pintar dan bijak. Setiap keluarga inginkan anak mereka menjadi paling baik dari yang terbaik. Tapi pintar dan bijak sahaj tidak cukup kalau tak disertakan dengan iman.


Pernah menerima bayaran sebanyak RM 800 bagi satu sesi, Sufiah Yusuf, seorang genius matematik yang merupakan bekas pelajar University Oxford. Kesempitan hidup telah dijadikan alasan untuk beliau menawarkan khidmat seks. Dengan duit itu dapatlah beliau membayar sewa rumah dan sebagai keperluan harian.

Bapanya yang juga guru tuisyen matematik sedang menjalani hukuman penjara kerana mencabul gadis bawah umur.



Namun zaman gelap Sufiah kian berlalu kerana kini beliau telah sedar dan insaf serta ingin kembali ke pangkal jalan. Menurut agen yang menjual wanita untuk seks juga mengesahkan bahawa Sufiah tidak lagi terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Pengajarannya, kebijaksanaan dan kepintaran haruslah beriringan dengan keimanan. Itulah yang membezakan kita dengan orang kafir. Biarlah anak-anak kita pandai di dunia dan berjaya di akhirat. Bak kata pepatah, menang bukan erti bahagia, gagal tidak erti derita.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More