Thursday, November 15, 2012

Wajah Kononnya Ulama Sokong PAS Di Muktamar


Apakah benar mereka semua ini Ulama ? Bukan MI nak persoalkan ILMU mereka dan jauh sekali nak ragui kehebatan mereka dalam bidang mereka masing-masing.

Wajah-wajah yang dicanangkan kononnya ulama tersohor dari kampung masing-masing ini "berlegar" di Muktamar Pas Ke 58, Kelantan. Kononnya nak yakinkan semua ahli bahawa masih ramai lagi ulama di luar sana yang sokong Pas.

Maaf MI pinta kerana semua yang dipaparkan dalam poster ciptaan FB cai pakatan haram di sini, MI tak kenal pun mereka semua, ini mungkin mereka hanya ustaz di kampung masing-masing atau di pondok mereka sendiri atau sekadar nama di ciptakan oleh penduduk tempatan yang hanya mengenali mereka. Mereka ustaz bukan level "World" lagi.

Takrif ulama amat senang bagi ahli Pas, dapat ulas firman dan hadis dua tiga kerat dah dikira ulama, dapat baca atau mengetuai majlis Yaasin dikira ustaz, dapat jadi Imam dengan surah panjang sikit pun dikira ulama. Takrif yang amat senang dan ianya seolah tiada garis panduan khas, siapa Ulama sebenar.

Peribadi luaran dan dalaman seseorang ulama wajib mengikuti apa yang Nabi saw amalkan. Bukan cara hidup yang bertentangan dengan Nabi saw. Raut wajah yang penuh nur datang bila amalan Sunnah Nabi saw mereka amalkan. Bukan "cipta" hadis baru atau firman baru mengikut hawa nafsu agar sesuai dengan kehendak mereka,bukan kehendak Allah dan Rasul.

Ulama adalah waris Nabi saw, bukan hanya sekadar terjemahan tapi cara dan gaya hidup Nabi saw akan jadi cara dan gaya hidup mereka.

Kalaulah seramai itu ulama yang sokong Pas maka malang sekali, di mana mereka bila isu Nurul Izzah tafsir dengan akal nafsu ayat Ilahi? Di mana mereka bila ada pemimpin pas ditangkap berkhalwat dengan bini orang? Dimana mereka bila Nik Aziz keluarkan fatwa sesat?

Semuanya ini kerana baru-baru ini PM bersama warga pondok !



Majlis ramah mesra bersama warga Pondok sekali gus melancarkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)
Tepuk dahi dan biarkan akal waras yang berbicara....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More