Friday, November 2, 2012

Wan Azizah Antara Calon Pilihan Raya Dan Isu Kondo Batu Caves


Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding lagi pada PRU13. Laporan itu menyebut beliau akan bertanding sama ada di Selangor atau di Pulau Pinang. Bagaimanapun kenyataan yang dibuat telah menimbulkan rasa tidak senang beberapa penulis blog propembanagkang.

Moh Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) menempelak Wan Azizah kerana masih berhasrat mencalonkan diri pada PRU13 sedangkan parti itu turut bakal meletakkan suaminya, Anwar Ibrahim dan anak mereka Nurul Izzah sebagi calon.

"Bagi saya tidak perlu beliau berbuat begitu. Cukuplah suami dan anaknya saja mengambil bahagian sementara beliau lebih afdal menjadi penasihat dari rumah. Walaupun kronisme dalam politik perkara biasa, tetapi dalam konteks hari ini dan suasan kini tidak elok kalau suami isteri dan anak bertanding".


Apakah Anwar atau keluarganya ingin mencatat rekod di mana tiga beranak berada dalam dewan dan perlimen serentak? Mahu mengatasi keluarga Lim Kit Siang di mana dia, anak dan menantu  berada dalam dewan?" katanya.

Bahkan katanya, tindakan Wan Azizah itu sudah pasti akan menjadi lebih rumit sekiranya ada pemimpin lain yang turut mahu meletakkan isteri, anak dan menantu mereka sebagai calon serentak dalam pilihan raya, dan ia tidak boleh dibantah kerana Presiden dan Penasihat Umum PKR sudah berbuat demikian.

Blog Gelagat Anwar (gelagat anwar.wordpress.com) berkata, Selangor menawarkan tiga kerusi yang boleh ditandingi oleh Wan Azizah pada PRU13 iaitu DUN Kota Anggerik, Sementa dan Seri Setia manakal Shuhaimi Shafie pula dikatakan sedia melepaskan kerusi DUN Seri Muda untuk Presiden PKR.


Bagaimanapun, blog ini berkata, tawaran Shuhaimi yang pernah terpalit dengan skandal pasir itu bertujuan untuk menyelamatkan kedudukannya di dalam parti manakal Kota Anggerik pula ditawarkan semata-mata mahu membunuh keduduka Yaakob Sapari.

"Dalam PKR Selangor, semua orang tahu bahawa antara wakil rakyat paling cemerlang daripada sudut mesra rakyat, turun ke bawah, kekuatan sokongan parti dan rakyat, rajin menjaga kawasan adalah Yaakob Sapari. Wak ini asal Pontian. Memang setia dengan parti. Ramai yang bertanya, atas alasan apa Kota Anggerik ditawarkan kepada Kak Wan sedangkan Yaakob antara bintang PKR di Selangor?" katanya.

Blog Musram Rakun (musranrakun-man.blogspot.com) berkata, Anwar mahu mencipta rekod dalam arena negara apabila meletakkan Nurul Izzah bertanding di Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah di DUN Pulau Pinang atau Selangor manakala beliau sendiri mempertahankan Parlimen Permatang Pauh.

Katanya jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum, mereka akan mencatatkan sejarah sebagai satu-satunya keluarga yang menjadi wakil rakyat  dalam satu masa.

"Pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan jawatan Timbalan Perdana Menteri, puak-puak Anwar menuduh kerajaan Barisan Nasional mengamalkan kronisme tetapi kenyataannya tiada pun amalan itu. Kini tuduhan pemimpin pembangkang itu akhirnya menerpa mereka sendiri" katanya.

Sementara itu blog Kluang Diamond (kluangmanexpress.blogspot.com) pula mencadangkan agar BN mengumumkan lebih awal wakil-wakil rakyat yang bakal digugurkan pada PRU13.

Katanya, hal ini membolehkan rakyat melihat sama ada parti-parti politik yang bakal bertanding mampu melakukan perubahan besar dengan menggugurkan wakil-wakil mereka yang gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

"BN sendiri mempunyai kelebihan jika pengumuman ini dibuat kerana rakyat ingin melihat reformasi politik. Jika Najib berani melakukan suatu perubahan besar menggugurkan calon tamat tempoh, bererti akan bertambah muka baru, muda yang berpotensi. Berusia 60 tahun ke atas sudah dianggap layak digugurkan terutama yang melebihi dua penggal" katanya.

Di pihak pembangkang pula, katanya, nama-nama seperti Lim Kit Siang, Nik Aziz dan Karpal Singh sudah selayaknya digugurkan kerana mereka lebih menjadi pengacau daripada menyumbang kebaikan untuk negara.

"YB yang digugurkan boleh memilihnuntuk terus setia dengan parti atau keluar dari parti supaya perhitungan di PRU13 kelak lebih aman daripada sabotaj di hari penamaan calon" kata blog itu sinis.

Dolomite Park Avenue yang mendapat tentangan dan belum pun memulakan projek

Isu pembinaan kondominium mewah di Batu Caves berterusan apabila kerajaan PKR Selangor terus berdolak-dalik dan cuba menyalahkan kerajaan terdahulu apabila Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin Aala mendakwa pihaknya meluluskan kebenaran Merancang pada 30 November 2007, iaitu ketika kerajaan BN sebelum ini.

Bagaimanpun blog The Unspinners mendakwa kelulusan Arahan Pembinaan bagi projek Dolomite park Avenue itu dibuat pada 23 Mac 2008, iaitu selepas PKR mengambilalih kerajaan Selangor pada 8 Mac 2008.

Katanya, jika arahan pembinaan itu diluluskan selepas pertukaran kerajaan, sudah pasti pihak yang meluluskan adalah di kalangan Ahli Majlis yang dilantik oleh kerajaan PKR atau apakah mungkin ahli-ahli majlis lantikan BN masih boleh menghadiri mesyuarat di bawah kerajaan baru?

"Pasti Datuk Zainal tahu siapa yang hadir mesyuarat bertarikh 23 Mac 2008 itu. Kenapa dia tidak beritahu siapa yang menghadiri mesyuarat tersebut. Adakah dia khuatir pendedahan tersebut akan menjejaskan majikannya sekarang? Jika kerajaan negeri boleh tahan pembinaan Loji Langat II yang sudah dikeluarkan Development Order, kenapa pula mereka seolah-olah seperti tidak berdaya untuk tahan projek kondo yang ditentang pelbagai pihak ini? Loji Langat II sudah mulakan kerja-kerja permulaan, Dolomite Park Avenue belum memulakan apa-apa" katanya.  

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More