Friday, December 21, 2012

Hukum MANDUL Untuk Perogol


Warga India, berdemonstrasi menuntut semua pelaku pemerkosaan hendaklah dimandulkan. Protes ini mereka lancarkan pasca terjadinya pemerkosaan yang dilakukan sekumpulan lelaki terhadap seorang pelajar perubatan di salah satu bas awam di New Delhi beberapa hari lalu. 
Selain memperkosa, kumpulan lelaki tidak bermoral itu juga memukul kekasih si mahasiswa dengan kejam.

dimandulkan kerana merogol
Sejak insiden “gang rape” didalam bas itu tersebar, seluruh warga India marah dan menuntut polis untuk bertindak tegas terhadap pelaku pemerkosaan.
Seperti dilaporkan Guardian, Rabu (19/12), selama ini pihak polis India sering meremehkan kes gangguan seksual yang dialami kaum wanita. Jumlah kes rogol setiap tahun meningkat, 635 kes (2012) dan 572 kes (2011).
Dilaporkan,  empat orang dari enam perogol itu kini sudah ditahan polis. Namun, ini tidak meredakan emosi warga India yang selama ini kesal dengan prestasi polis di negara berpenduduk kedua terbesar di dunia itu.
MI pernah terbitkan cerita gang rape itu di SINI

-best1of4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More