Friday, December 7, 2012

Pemuda Pas nak putuskan hubungan dengan Israel.. Ye ke???


Pemuda PAS Terengganu menyifatkan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘hiporkrit’ dalam tindakannya membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor mendesak agar kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno-BN memutuskan hubungan dagangnya dengan pihak Israel.

Kata beliau, kerajaan Umno-BN bersikap ‘hiporkrit’ terhadap umat Islam di negara ini kerana didakwa mempunyai hubungan dagang serta diplomat dengan Israel dan sekutunya.

Menurutnya, jika kerajaan Malaysia benar-benar jujur dan ikhlas ingin membantu umat Islam di Gaza-Palestin putuskan hubungan dagang tersebut.

“Saya mendesak kerajaan Malaysia menarik-balik dan menghentikan segera pelaburan atau penjualan minyak sawit Malaysia kepada pihak-pihak Israel, jika Malaysia benar-benar ikhlas dan jujur untuk membantu umat Islam di Palestin.

“Kerajaan Malaysia menjanjikan sumbangan RM1 juta kepada Gaza, Palestin. Ini kerana, bagi menutup isu yang sedang didedahkan oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) apabila minyak sawit Malaysia dijual kepada negara Israel.

“Ini (sumbangan) untuk menutup sebenarnya, bagaimana kerajaan Malaysia bersikap ‘hiporkrit’ dengan mengadakan hubungan dagang dan diplomat dengan Israel secara senyap-senyap.

“Mereka (kerajaan BN) sanggup menjual minyak sawit Malaysia ini kepada Israel, yang menggunakan segala kekuatan ekonomi mereka (Israel), ketenteraan mereka dengan mengepung dan membunuh umat Islam di Gaza-Palestin,” jelasnya.


p/s : Nak putuskan hubungan dengan Israel?? Suruh Anwar buat dulu laa....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More