Tersembur air liur gua beb bila terbaca Pok Nik kata hanya orang keimanan tinggi je sanggup derma gelang emas pada dia..
Korang rasa, apa yang muslimat tu dapat dari Pas bila dia derma gelang emas yang berharga RM 3ribu tu beb?
Adakah dia akan dijanjikan tiket ke syorga? Ataupun dia diberikan pahala berganda kerana sumbangan tersebut demi Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam?
Gua rasa, dari derma kepada parti politik macam Pas tu, baik pergi derma pada anak-anak yatim beb.. Lagi berkat rasanya...
Opsss..., gua terlupa yang Pok Nik pun tergolong dalam kategori anak yatim jugak kannn... I'm soriii Pok Nik...
Seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 telah didermakan oleh seorang muslimat untuk dana Pilihanraya Umum 13 bagi Dun Chempaka.
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika membuat pengumuman itu memberitahu gelang tangan berkenaan didermakan untuk Muslimat Dun Chempaka.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Mawaddah dan Pertandingan Kerajinan Tangan Dun Chempaka pagi kelmarin.
Menurutnya, tidak ramai yang sanggup menderma barang kemas yang sering di pakainya, apa lagi dengan kadar harga bukan sedikit.
“Saya serahkanlah pada Muslimat Chempaka, nak buat apa tentang barang kemas ni, nak jual ke atau macamana kemudian masukkan sumbangan itu dalam tabung sebagaimana yang dihajati,”ujarnya.
Beliau juga berkata hanya mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi sanggup berbuat demikian tanpa diminta.
Menyentuh tentang keluarga mawaddah hanya Islam sahaja yang tonjolkan perkara berkenaan.
“Yang lain hanya mampu menyogok rakyatnya atau pengikutnya dengan wang ringgit dan kebendaan semata-mata,”ujarnya.


0 comments:
Post a Comment