Monday, November 5, 2012

Najib jadi punca anak luar nikah ramai? Biar betul muslimat Pas ni beb..

Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom secara bertulis kepada soalan beliau di Dewan Rakyat.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, kerajaan wajar memberikan galakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak swasta untuk sama-sama membantu menangani masalah sosial dalam negara.

Siti Zailah dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun lepas serta usaha yang dilakukan kerajaan bagi menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri terbabit menjelaskan, kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan pendidikan agama bermula pendidikan kanak-kanak pra-sekolah, program J-Qaf, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), kelas-kelas Pendidikan Agam Islam di sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menangah, termasuk juga kelas-kelas Takmir di masjid-masjid seluruh Malaysia.


p/s: Ye lah tuuu... Semuanya salah kerajaann.. Nanti kalau Pok Nik berak tak lawas pun Najib dan Rosmah jugak yang salahhhh... Puiiii!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More