Wednesday, December 12, 2012

10 Punca Lelaki Curang


Kes-kes curang yang berlaku samaada di Malaysia mahupun di negara-negara lain selalu dikaitkan dengan lelaki. Kenapakah lelaki ni selalu je buat pasal dan cari pasal walaupun dah punyai bini/awek yang baikhati, suci, mantap, dan masih lagi bergetah-getah.


Kaya
Curang selalunya dikaitkan dengan berharta. Lelaki yang kaya lebih cenderung untuk curang kerana kebanyakan perempuan mudah ditekel dengan handbag Gucci dan juga kasut Padini.

Handsome
Muka yang jambu dijadikan faktor curang. Walaupun miskin, papa, kedana, sengkek, tapi asal ada rupa, mak-mak datin senang dijadikan mangsa.

Bosan
Perhubungan selama 5tahun akhirnya diakhiri ditamatkan kerana bosan. Tiada aktiviti yang menyeronokkan seperti mula-mula bercinta.

Menyampah
Mungkin dah penat melayan kerenah bini/awek yang terlalu mengada-ngada atau demand lebih, akhirnya curang menjadi penyelesaian. Selama ini, selalu menipu untuk menjaga hati pasangan, tetapi hakikatnya, ...

Counter-Curang
Si pasangan perempuan memulakan langkah curang, akhirnya lelaki juga mulai mencari ruang-ruang kosong untuk counter-curang. Konsep ini diberi nama fair and square.

Terlanjur
Kegiatan lelaki perampas dara perempuan. Apabila sudah mencapai target untuk terlanjur bersama pasangan, maka mangsa seterusnya dicari.

Queen Control
Lelaki yang selalu menjadi mangsa kepada bini/awek selalunya akan bertindak secara senyap-senyap. Walaupun pada fizikalnya nampak biasa, tetapi adanya satu perasaan ingin memerintah di dalam hati.

Selekeh
Sama seperti perempuan, imej adalah satu perkara penting di dalam hidup. Bini/awek yang selekeh juga boleh menjadi faktor lelaki curang.

Cinta lama
Sama seperti drama-drama TV indonesia yang selalu ditayangkan di media prima, awek lama yang muncul kembali juga boleh menjadikan seorang lelaki itu curang kepada pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika si awek lama bagi greenlight

Sangap lebih
Nafsu lelaki yang tak dapat dikawal juga menjadi punca berlakunya curang. Lebih-lebih lagi, jika tuntutan nafsunya tidak dapat dilayan oleh pasangan.

-Oleh Skuad Pencarian Sebab Munasabab

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More