Saturday, December 8, 2012

2 Gambar pernikahan Betty Benafe dengan lelaki Arab


Perkahwinan Betty Benafe dengan lelaki Arab, Bruce Dargus telah berlangsung pada jam 2 petang tadi di Villa, Kempas, Johor. Pernikahan itu telah dilakukan oleh Jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal berwalikan adik lelaki kepada Betty Benafe, iaitu Rifqi Benafe dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan berkenaan dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan termasuk VVIP dan pihak media.


Betty Benafe yang mengenakan busana berwarna putih, menerima 5 dulang hantaran berupa sebuah telefon bimbit berjenama Samsung S3, sebuah komputer peribadi Macbook Air, sebuah Apple TV, persalinan ibadah berupa telekung dan tepak sirih. Manakala, Bruce Dargus pula yang mengayakan pakaian sut, menerima balasan 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah & sirih junjung. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka. - Ohbulan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More