Wednesday, December 19, 2012

(3 Gambar) Pernikahan Acong dengan Siti Zuraida yang mirip Abby Abadi

Gambar pernikahan Acong dengan Siti Zuraida, peminatnya sendiri yang mirip Abby Abadi. Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas (15 Disember 2012) kira-kira jam 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim, Sunga Petani, Kedah dengan sekali lafaz.


Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, menghantar tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000. Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran. - Kotak Lirik Lagu


Mengimbas kembali perkenalan Acong dan isterinya, Marya atau nama sebenarnya Siti Zuraida Zahari, 31, mula mengenali Acong kira-kira 14 tahun lalu ketika penyanyi itu terlibat dalam sesi promosi album kumpulan Sweet Child di Kuantan, Pahang. Hanya pada tahun 2010 mereka memulakan hubungan secara serius menerusi laman sosial Facebook sebelum akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More