Tuesday, December 4, 2012

Aktor Popular Main Ranjang Dengan Isteri Rakan



LOS ANGELES: Siapa sangka bahawa aktor kacak, Brad Pitt pernah meniduri bekas isteri orang. Lebih-lebih lagi bila wanita tersebut adalah isteri kepada bekas juara bina badan, Mike Tyson.

Namun, perkara itu bukanlah berlaku di dalam salah sebuah babak filem, sebaliknya ia adalah realiti yang berlaku di dalam kehidupan sebenar Mike Tyson.

Dan selepas bertahun-tahun, akhirnya Mike Tyson telah mendedahkan perkata tersebut bahawa dia pernah menangkap aktor Brad Pitt sedang berasmara dengan bekas isterinya, Robin Givens.

Menurut laporan The Sun, Mike Tyson menangkap Robin Givens pada sekitar tahun 1980-an. Pada waktu itu, dia sudah pun menceraikan aktres tersebut, tetapi masih lagi tidur dengannya.

Kata Mike Tyson, wajah Brad Pitt ketika itu amat pucat setelah terlihat dia.

"Saya betul-betul marah. Anda patut lihat bagaimana wajah Brad Pitt ketika itu bila dia terlihat saya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More