Monday, December 17, 2012

Anak Polis Mati Di Tembak (Gambar)



MAYAT remaja yang mati ditembak polis selepas cuba merompak kedai KK Mart.

Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.

Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More