Tuesday, December 11, 2012

Anwar lambang perpaduan dan dikagumi rakyat?? Uwekkkk!!!

Syed Husin Ali menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lambang gerakan bagi perpaduan dan pemacu perubahan rakyat di negara ini.

Ini kerana menurutnya, Anwar yang juga Ketua Umum PKR merupakan medium utama dalam menyuara dan membawa kehendak rakyat yang inginkan perubahan dari sudut politik, ekonomi dan sosial di Malaysia.

Beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap Anwar sebagai ikon perubahan mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin Umno-BN.

“Dalam kehendak untuk perubahan ini, kita bernasib baik kerana mempunyai seorang pemimpin yang amat dikagumi. Rakyat terimanya sebagai lambang dan kerana itu Umno-BN terlalu takut untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Dalam membicarakan soal peristiwa di Baling, Kedah pada tahun 1974, kita mempunyai lambang yang merupakan pimpinan di mana beliau (Anwar) mengalami kezaliman yang dikenakan ke atas pejuang Baling,” katanya semasa syarahan signifikan memperingati demonstrasi Baling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.

Syarahan itu merupakan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan dihadiri aktivis antaranya Prof Gurdial Singh, Kamarazaman Yaakob dan Syed Hamid Ali.

Dalam pada itu, Syed Husin turut menyeru rakyat supaya bersatu-padu dalam memacu perubahan dari sudut pemerintahan setelah lebih 50 tahun ditadbir oleh Umno-BN.

Beliau berkata, soal perpaduan itu bukan hanya melibatkan golongan tertentu, sebaliknya perlu disertai oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama.

“Taraf kemiskinan tidak berubah walaupun sudah lebih 50 tahun dan dalam tempoh sama kerajaan juga tidak berubah. Kita perlu ubah dan dalam keadaan sekarang rakyat mahu perubahan.

“Pihak pemerintah takut akan perpaduan dan perubahan. Soal perpaduan bukan Umno dengan PAS, bukan dengan orang Melayu sahaja, kalau nak perpaduan yang sebenarnya perlu libatkan semua rakyat daripada semua golongan,” katanya lagi.


p/s: Huduh betul bila tua-tua macam Syed Husin tu pun masih nak jilat sampai kehujung kaki... Buduh!!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More