Saturday, December 22, 2012

Artis Di Tahan Kerana Guna Jenama Tiruan



TIDAK serik. Hanya itu yang boleh CAK katakan perihal aktres yang baru-baru ini ditahan dan begnya dirampas kerana menggunakan barang tiruan sewaktu menghadiri majlis dianjurkan butik mewah memasarkan beg jenama sama.

Mengapa CAK kata aktres jelita ini tidak serik kerana sebelum ini dia pernah berdepan masalah sama sehingga begnya dirampas. Dia fikir beg tiruan yang dibeli di kedai gred A yang digayakannya tidak disedari penganjur. Ia menggunakan bahan sama, tetapi dihasilkan kilang yang tidak diiktiraf.

Lebih membuatkan CAK hendak tergelak, artis ini tidak mendapat jemputan daripada butik jenama yang menghasilkan beg wanita terkenal itu berikutan peristiwa sebelum ini.
Bagaimanapun, mengetahui teman baiknya yang juga pelakon wanita popular mendapat jemputan, dia tergedik-gedik hendak pergi sampai memujuk temannya itu membawanya bersama.

Apabila ditahan, dia mula berlakon kononnya tidak tahu beg dibawa itu tiruan kerana ia dibeli di butik jenama sama di negara jiran.

Malu bukan kepalang apabila begnya dirampas di depan orang ramai, apatah lagi semua orang tahu suaminya ahli perniagaan.
Sebelum ini pun dia sering memperaga kepada umum menerusi majalah dan akhbar dia tinggal di rumah mewah, tapi bila perkara begini terjadi, pasti dia kini menjadi bahan cemuhan.

Harap-harap tindakan dikenakan terhadap aktres ini akan membuatkan dia sedar dan belajar. Hendak berlagak tidak kena gaya tidak akan ke mana.

Sumber-Cak Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More