Sunday, December 9, 2012

Bayi Tanpa Kepala Di Ampang (Kejam!)

Bayi Tanpa Kepala Di Ampang | Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. Bayi tersebut dikatakan adalah mangsa jenayah buang bayi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.

Keadaan bayi tanpa kepala yang ditemui
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui,mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.
Melayukini.net – Ya Allah, siapakah gerangannya yang tergamak berbuat jenayah buang bayi yang amat kejam macam n? Sudah la melakukan dosa zina, lepas tu buat dosa membunuh pula. Ingatlah, pintu taubat masih lagi terbuka asalkan tidak melakukan dosa syirik kepada Allah. Kembalilah kepada pangkuan jalan. Semoga Allah membuka hati kalian dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More