Friday, December 7, 2012

Bini Atau Adik Guan Eng Bakal Ganti Beliau


Pelbagai spekulasi berlegar dikalangan ahli dan pemimpin Dap serta ahli politik Malaysia, siapa bakal ganti Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung Parti Dap. Akhbar-akhbar bahasa Cina mula melebarkan spekulatif siapa yang paling layak.

Ada pandangan yang sinis mengatakan agak sukar untuk gantikan jawatan yang begitu Eksklusif dalam parti ini. Maklumlah selama ini, parti Dap diterajui oleh Dinasti Lim Kit Siang seolah-olah jawatan tertinggi parti Dap wajib diisi oleh anak beranak Lim Kit Siang sahaja.

Mengikut perlembagaan parti ini, setiap 3 tahun maka jawatan Setiausaha Agung ini wajib bertukar tangan. Apakah akan wujud perubahan baru dalam perlembagaan parti ini demi untuk kekalkan Lim Guan Eng sepenggal lagi atau berpenggal lagi sebelum dipenggal oleh ahli parti ?

Akhbar Sin Chew Jit Poh yang dibiayai sepenuhnya oleh DAP, telah mencalonkan Ahli Parlimen Kinrara, Teressa Kok dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke sebagai calon yang layak untuk memimpin parti tersebut.
Namun kedua-dua tokoh parti ini nampaknya mempunyai rekod yang terlalu buruk sepanjang mereka memegang jawatan dalam parti
Teresa, gagal memimpin DAP Selangor sejak dilantik sebagai Pengerusi, sehingga konvensyen parti tersebut yang diadakan bulan lepas hanya dihadiri 1/3 dari keseluruhan perwakilan yang dijemput.  Termasuk yang memboikot konvensyen tersebut ialah Speaker DUN Selangor, Dato Teng Kang Chim.
Anthony Loke pula dilihat terlalu berlembut dengan PAS dalam isu negara Islam apabila mengumumkan secara terbuka dalam program Kebangkitan Rakyat pada 3 November lepas di Seremban bahawa DAP akan mempertahankan PAS dalam isu berkaitan Islam.
Apakah Lim Kit Siang sebagai 'Ketua Umum' yang mana dilihat sebagai Mentor dan mempunyai kuasa VETO atau Diktator yang mampu mengubah segalanya.
Apakah Lim Kit Siang akan meletakkan menantu kesayangannya Betty Chew atau anak perempuan beliau yang mula menapak naik dengan mudah dalam kepimpinan parti ?
Apakah legasi Dinasti Lim Kit Siang bakal berkubur awal kerana, anak perempuannya dilihat tidak mempunyai pengalaman lansung dalam politik Malaysia. Lim Hui Yin, beliau bernasib baik kerana bapanya, Lim Kit Siang melantik beliau dengan mudah untuk duduk sebaris dengan pemimpin senior Dap yang lain.
Pemerhati politik tanahair juga berpandangan jawatan ini bakal menjadi punca perpecahan dalaman yang serius kiranya Lim Kit Siang secara berterusan memihak kepada anak beranak beliau dan Dap akan terus menjadi parti yang semakin tidak relevan lagi.
Paling teruk kiranya Lim Kit Siang melantik menantu beliau, Betty Chew semata-mata untuk membuat pusing U selama 3 tahun agar selepas itu Lim Guan Eng bakal ambil balik jawatan tertinggi parti Dap.
Nampak gaya Dap sememangnya tiada tokoh yang berkaliber !





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More