Monday, December 10, 2012

CARA MEMBUAT DURIAN CREPE!

RESEPI DURIAN CREPE | Di sini kita kongsikan tutorial lengkap dan bergambar untuk menghasilkan Durian Crepe yang menjadi kegilaan pada masa kini. 

Kenapa? Mestilah Durian Crepe ni sedap dan lazat berkrim disukai ramai!

Anda dah sedia? Sila ambil pen dan kertas untuk salin resepi turun temurun dari nenek saya ni. HAHAHA!


BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT ( 30 biji)
250gm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
1 cawan Non Dairy Whipping Creme
Isi durian yang telah dilenyek

PROSEDUR MEMBUAT DURIAN CREPE 

 Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian Crepe ini, kemudian blender dan tapis.

Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. Tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

Pukul  Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati.

Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.

Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk. Telah sedia untuk dimakan, YUMMY!

P/s : Selalunya, anda akan mendapati cream pada crepe anda cair. Nak tahu bagaimana mengelakkan cream daripada cair? Senang saja.


Pastikan cream yang anda pukul iaitu Non Dairy Whipping Creme betul-betul menjadi pekat dan menjadi seakan-akan pepejal.

Pukul (Pukul la sangat, padahal pakai mesin je.) sampai dia menjadi seperti aiskrim dan kemudian, sebelum anda meletakkan cream pada crepe anda, pastikan anda simpan dahulu cream itu di dalam peti sejuk.

Mudah bukan?

Selamat Maju Jaya!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More