Tuesday, December 11, 2012

Diana Mengandung Anak Luar Nikah?



Kisah perkahwinan antara pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle mencetus sedikit kontroversi kerana Diana dikatakan hamil 16 hari selepas baru dua minggu berumah tangga.
Selepas itu timbul pula isu di mana Farid telah melangsungkan perkahwinan dengan memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia yang mana sebenarnya ia tidak boleh dipakai oleh ‘orang biasa’.
Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Ia seolah-olah menunjukkan Farid tidak sensitif mengenai undang-undang.
Terbaru, menerusi Kosmo, semalam, ada menulis Farid berkemungkinan dipenjarakan dua tahun di atas kesalahan itu.
Berikut merupakan petikan daripada akhbar berkenaan..
“Dengarnya orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid Kamil ke mahkamah atas kesalahan jenayah kerana memakai pakaian tentera. Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama 2 tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Sumber Diva bagi tau, abang askar naik angin sebab Farid pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil”.
Jika sampai ke tahap itu, adalah lebih baik Farid tampil membuat pengakuan dan menjelaskan keadaan sebenar.
Mungkin ramai pihak salah faham atau Farid tidak sengaja berbuat demikian.
Kalau tidak masakan ada pasukan pedang yang mengiringi kemasukan Farid dan Diana ketika majlis perkahwinannya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More