Tuesday, December 11, 2012

Din Pudu tuduh Tun Mahathir kuat berlakon..

"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno, masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial dan rakyat negara itu," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tak perlu bawa contoh lain yang besar-besar, masalah pembantu rumah itu pun sudah bertahun-tahun kerajaan Najib tak dapat diselesaikan, tak payah cakaplah soal berdebat dengan Anwar, nampak sangat Najib menikus tak habis-habis dan hanya berani menjerit dari jauh.

"Macam itu Dr Mahathir puas hati?" kata Salahuddin yang merasa amat lucu dengan dakwaan Dr Mahathir hari ini kononnya beliau berpuas dengan prestasi Najib.

Salahuddin juga menyifatkan Najib hanya pandai mengampu sebahagian rakyat untuk menyokongnya dengan istilah "simpanan tetap".

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, menganggap mana-mana pihak sebagai "simpanan tetap" kepada Barisan Nasional (BN) adalah penghinaan kepada mereka.

"Pihak yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' itu akhirnya akan dilihat oleh rakyat sebagai penyokong buta tuli BN walaupun pemerintahan parti itu dibuktikan penuh dengan skandal dan penyelewengan," kata Salahuddin.


p/s: Dorang dah mula goyang beb bila tahu Najib dapat sokongan kuat dari semua pihak.. Din Pudu dah mula terbayang untuk kalah la tuu.. Hahahaha..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More