Wednesday, December 12, 2012

Dipenjara 10 tahun kerana raba punggung gadis 17 tahun


Seorang penggangur bakal berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan seandainya didapati bersalah kerana tuduhan mencabul seorang pelajar.

Mohd Khairul Mat Amin, 28, dari Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, telah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Tertuduh mengaku menyentuh punggung mangsa yang berusia 17 tahun menggunakan tangan dengan niat mencabul kehormatan dirinya di lorong gelap di Jalan Pejabat Tanah, kira-kira jam 8.15 malam pada 30 Ogos yang lalu.

Majistret Noradila Ab Latif bagaimanapun telah menetapkan 13 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk jatuh hukum dan membenarkan Mohd Khairul diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More