Wednesday, December 19, 2012

Dosa Dosa Besar Nik Aziz - Rampas Kuasa


Makin lama makin taksub, makin meninggi ego, makin kuat nada berbohong malah makin bongkak kononnya dialah Ulama yang disayangi rakyat Kelantan dan digeruni oleh Ulama Malaysia yang lain.

Makin berumur makin menjadi liciknya dalam politik dan makin serius bila bercakap isu fatwa agama yang semua sudah sedia maklum bahawa beliau bukanlah ahlinya (fatwa). Buka saja mulut maka rakyat Malaysia sudah tahu mesti ada kontroversi, terutama yang melibatkan 'fatwa politik' atau helah untuk kekalkan sokongan terhadap beliau khasnya dan parti Pas amnya.

Yang paling sedih, bila umur dah senja, kubur dah jemput, rumah dah halau, beliau masih belum lepas dari belengu kebejatan akal singkatnya sendiri. Beliau ingat beliau mampu berbohong selamanya dan rakyat akan diperbodohkan selamanya. Itulah dia manusia yang bernama Nik Aziz, yang begitu licik menyusun strategi untuk berkuasa dan untuk kaya.

Beliau dari awal lagi sudah menunjukkan taring bisa dalam menyusun untuk 'merampas' kuasa dalam parti Pas, beliau sudah nampak resepi apa yang wajar dipakai untuk menanam kepercayaan rakyat Kelantan terhadap beliau dan supaya rakyat Kelantan nampak bahawa beliaulah yang paling layak menerajui Pas Kelantan ketika itu. Sementelah hanya Kelantan sahaja yang terima Pas dan di negeri lain Pas tidak laku.

Nik Aziz nampak kelemahan rakyat Kelantan ketika itu adalah 'tak cerdik' dan ramai yang tak sekolah tinggi atau masuk Universiti kerana belengu kemiskinan yang terpaksa dilalui oleh Negeri yang amat kurang sumber ekonominya. Sektor pertanian ketika itu menjadi nadi penggerak utama di Kelantan. Di sinilah beliau mengambil peluang 'menjual minyak' dan menggunakan kononnya kedudukan beliau sebagai lepasa pelajar dari Mesir yang amat jarang ketika itu rakyat Malaysia belajar di sana.

Rancangan akal jahat Nik Aziz yang pertama adalah menguasai parti Pas Kelantan. Beliau mula menyusun rancangan iblis untuk merampas kuasa dari kepimpinan Pas Kelantan ketika itu dengan mula mencanang betapa pentingnya Ulama menjadi teras kepada kepimpinan parti Pas yang berlabelkan ISLAM.

Gerak kerja pertama beliau adalah menanamkan rasa berdosa kepada agama kerana tidak menjulang Ulama sebagai pemimpin.

Lihat bagaimana hasil kerja orang yang tamakkan kuasa dan gilakan harta dan akhirnya beliau berjaya capai apa yang beliau inginkan ;



Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir. (Dato’ Bija Sura) 1973-1978


● Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk Umno-BN. Hakikatnya pada ketika itu Umno-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

● Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai BN pada 1973.

● Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan Umno hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan Umno.

● Dalam tempoh 1973-1978, Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-Umno.

● Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

● Mohd Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

● Krisis Kepimpinan PAS Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS.

● Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Baru. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

● Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

● Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

● Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama Umno dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri. 

● Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

● Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan “kambing hitam PAS” apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat.

● Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-Umno ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-Umno, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

● Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, menyebabkan Umno terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-Umno.

● Rentetan dari itu juga menyebabkan “krisis dalaman PAS” kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

● Keluarnya PAS dari gabungan BN-Umno, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

● Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan PAS cuba menggadaikan Kelantan.

Besarnya cita-cita Nik Aziz....

gambar - Arwah Datuk Asri Muda

BERSAMBUNG....LANUN TANAH !!



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More