Monday, December 10, 2012

Duit Kutipan Palestine Pas Hanya Untuk Hamas ?







Mungkin ada benarnya kata Abby Abadi bahawa duit yang di kutip untuk dihantar ke Palestine tak sampai ke tangan yang sepatutnya terima. Apakah yang dibuat oleh 'wakil pembawa' duit orang ramai yang menggunakan tiket Pas di Gazza ?

Apakah mereka hanya hantar duit yang kononnya berjumlah USD 200,000 ini untuk bekalan ubat-ubatan atau keperluan lain mangsa yang dalam kesusahan ?

Siapakah perantara yang wakil Pas ini gunakan ?
Apakah Wakil Pas ini juga mengambil sebahagian duit tabung yang mereka usahakan atas nama Palestine sebagai tambang dan duit poket mereka ?
Apa program yang mereka buat di sana ?

Semua ini wajib dan wajar dijawab kerana ianya melibatkan duit ikhlas yang disumbangkan oleh orang ramai yang terpesona dengan janji syurga kerana sedekah ikhlas hanya melalui Pas.

Apakah mereka hanya hadir dan menyalurkan duit kepada pergerakan Hamas ? Siapa Hamas dan kenapa tidak bahagi juga kepada Fatah yang juga merupakan pejuang kemerdekaan Palestine. Apajadi dengan mangsa dan keluarga mangsa ? Pas tidak hulurkan bantuan ke dari jumlah tersebut ?

Apakah Wakil Pas hanya tunjuk saja dalam Facebook bahawa mereka akan beri duit USD200k kepada Hamas walhal ianya hanya sekadar gambar dan mana bukti penyerahan duit ini ? Mana Gambarnya ?

Kalau sekadar datang dari Malaysia untuk turut serta menyambut ulang tahun penubuhan Hamas, ianya langsung tidak bermakna kerana isu berbeza antara sambut ulangtahun pertubuhan parti dengan membantu rakyat Islam di sana.

Atau wakil pas sekadar mengambil peluang makan angin sambil kibarkan bendera parti, ambil gambar dan sebarkan di facebook atau blog dan kononnya kerja "mulia" mereka sudah selesai, lepas itu mereka berhibur dengan tarian gelek di Mesir pada hari-hari yang lain sementara menunggu penerbangan pulang dan kononnya bakal disambut sebagai PEJUANG JIHAD di KLIA nanti, kita tunggu !!

Tragedi Duit Memali GHAIB bakal berulang dan hingga saat ini Mat Sabu tak berani jawab.

MI bukan nak menuduh insan dalam gambar ini cuma MI hendakkan penjelasan seperti yang MI tulis di atas itu. Jawab dengan tenang dan tak perlu tergesa atau marah. Ahli Pas nak tahu sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More