Thursday, December 20, 2012

Dulu Chef Riz cakap sudah jodoh kami tetapi lepas kahwin dia cakap bukan jodoh kami


"Dulu Chef Riz cakap sudah jodoh kami tetapi lepas kahwin dia cakap bukan jodoh kami. Dulu Chef Riz cakap kami memang sepadan dan selesa di sampingnya tetapi sekarang dia cakap kami memang tidak sepadan." Ungkapan yang tidak masuk akal dan tidak berfikir semasaknya. Kerana tidak sepadan dan bukan jodoh lagi, dia telah menceraikan isterinya, Ana Dahlia, dengan talak satu. Ikuti berita dari Utusan Malaysia tentang penceraian Chef Riz dan Ana Dahlia.
PETALING JAYA: Teka-teki mengenai status pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz terjawab apabila kedua-dua mereka bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor dekat sini pada 10 Disember lalu.

Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada petang Rabu.


Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011. Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana. 

Sementara itu, Ana yang dihubungi pula berkata, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.

"Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

"Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah," tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.

Tambah Ana, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

"Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More