Sunday, December 16, 2012

Fakta! Ustaz Don Tidak Pernah Memungkiri Janji Terhadap Penganjur


Nama Ustaz Don sering meniti di bibir masyarakat. Jadi tidak hairanlah jika namanya tersenarai dalam pencalonan awal dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Baru-baru ini kecoh mengatakan bahawa Ustaz Don telah memungkiri janji terhadap penganjur. 

Biarpun cerita sebenarnya Ustaz Don tidak bersalah, terdapat media lain membuat tajuk sensasi menampakkan seolah-olah Ustaz Don yang memungkiri janji. Ia sedikit sebanyak mencalarkan reputasi Ustaz Don.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

“Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

“Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

“Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula ‘demand’ dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

“Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

“Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More