Friday, December 21, 2012

Gadis Ganas Dengan Bapa Sendiri



Seorang gadis bertindak kejam apabila menghentak kerusi kayu ke dada bapanya yang berusia 60-an sehingga warga emas itu cedera di rumah mereka di Piasau, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, gadis terbabit yang berusia 20-an bertindak demikian kerana berang selepas bapanya enggan memberikan wang yang dimintanya. Sumber berkata, lebih menyedihkan isteri mangsa yang berusia 50-an hanya melihat perbuatan anaknya tanpa berusaha menghalang atau membantu mangsa.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek meminta wang daripada mangsa yang baru menerima wang pencen.


“Apabila bapanya enggan memberikan wang, suspek berang lalu menghentak kerusi kayu ke dada mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, isteri mangsa dipercayai bersekongkol dengan anak perempuannya itu kerana dia turut memarahi mangsa yang mengeluarkan wang pencen tanpa pengetahuannya.


“Mangsa turut diherdik selain dilontarkan dengan pelbagai kata-kata kesat menyebabkan tercetus perbalahan mulut antara dua beranak itu sebelum anaknya bertindak lebih ganas.



“Akibatnya, mangsa cedera di dada sebelum keluar rumah bagi mengelak kejadian lebih buruk serta bimbang anaknya bertindak lebih agresif,” katanya.

Sumber itu berkata, kebiasaannya wang pencen bulanan diterima mangsa dikeluarkan isteri dan anak perempuannya.


“Mangsa dipercayai mempunyai masalah dengan ahli keluarganya atas sebab yang tidak diketahui menyebabkan dia sering disisihkan serta tidak mendapat layanan sewajarnya,” katanya.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, semalam.


Gambar Hiasan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More