Friday, December 7, 2012

Gadis Mengaku Pelanggannya Kakitangan Kerajaan


Remaja Diupah Melayan Nafsu Kakitangan Kerajaan


Skandal membabitkan seorang remaja perempuan yang diupah pemaju melayan nafsu kakitangan kerajaan dan aksi itu dirakam sebagai bahan ugutan sekali lagi menggegarkan bandar Chongqing yang pernah ditadbir ahli politik popular, Bo Xilai.

Lima pegawai kerajaan tempatan dipecat setakat ini selepas rakaman berkenaan bocor dan tersebar.

Seorang bekas wartawan yang mendedahkan skandal itu berkata, ada beberapa rakaman lain yang dimilikinya.

Berita mengenai video dirakam pada 2007 itu hanya tersebar kepada umum bulan ini.

Pendedahan itu dibuat ketika kerajaan Pusat menggembeling usaha mereka membanteras amalan rasuah bagi meningkatkan kewibawaan bakal pemimpin baru China. Kepemimpinan komunis China memang menyedari amalan rasuah dan salah guna kuasa banyak menjejaskan imej parti berkenaan.

Ia juga menyebabkan pentadbiran mereka di China menjadi kurang berkesan.

Gambar hiasan
-boyzone

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More