Sunday, December 9, 2012

Gambar Buaya Terbesar Dunia Ditangkap di Filipina


Gambar Buaya Terbesar Dunia Ditangkap di Filipina | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seekor buaya yang mungkin terbesar di dunia telah ditangkap di Filipina. Buaya sepanjang 2 buah kereta tu diburu dan ditangkap selepas membaham 2 orang manusia. Gambar buaya yang besar ni ada kat bawah. Cuba tengok ekor buaya yang luar biasa panjangnya tu. Kalau melibas, mahu patah tiang-tiang rumah. Seram juga. P/S: Semua kekuasaan terletak di tangan Allah dan tiada apapun yang dapat memudarat kita tanpa izinNya. Jadi, tak perlu takut dan risau dengan makhluk.

Selepas tiga minggu operasi pemburuan, seekor buaya air masin yang didakwa sepanjang 21 kaki (6.4 meter) berjaya ditangkap hidup-hidup sekaligus dinobatkan sebagai buaya paling besar pernah ditangkap di Filipina.
Buaya yang beratnya 2,369 pound (1,075 kg) itu disyaki telah menyerang beberapa penduduk setempat selain telah mengakibatkan kematian dua orang. Haiwan yang diberikan gelaran “Lolong” itu kini ditempatkan di sebuah kampung di daerah Consuelo, berhampiran Pekan Bunawan.
Berdasarkan Guinness Book of World Records kategori binatang, buaya paling panjang pernah dicatatkan dalam tangkapan manusia adalah sepanjang 17.97 kaki (5.48 meter) juga dinobatkan sebagai buaya paling besar pernah ditangkap oleh manusia.
Seorang penyelidik buaya, Allan Woodward mendakwa “tidak pernah wujud buaya lebih panjang dari 18 kaki (5.5 meter)” tambahnya “jika benar, ia satu penemuan baru”.
Dakwaan yang mengatakan bahawa haiwan ini telah memakan manusia tidak dapat dipastikan kecuali ia harus dibunuh dan perutnya dibelah.
Bagaimanapun, penyelidik telah melakukan induksi yang menyebabkan ia muntah, namun tiada sebarang mayat atau serpihan daging manusia ditemui.
Tangkapan ini boleh disifatkan berjaya dengan hebat kerana tidak menyebabkan kematian haiwan pemangsa tersebut.
Sumber: FreeMalays

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More