Sunday, December 16, 2012

i-City Waterworld di bandar Shah Alam


i-City yang terletak di Shah Alam telah membuka Taman Tema pertama di Asia Tenggara bernilai RM25 juta. WaterWorld@i-City kini menampilkan permainan Tornado Ride yang setinggi tujuh tingkat, dibuka semalam dengan sasaran keuntungan pulangan modal dalam tempoh 2 tahun.


Menurut pengarah I-Berhad, Monica Ong, syarikat berkeyakinan bagi mencapai sasaran tersebut kerana i-City telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.

“Waterworld i-City kini beroperasi dengan kapasiti penuh dengan memuatkan sejumlah 5,000 pengunjung pada hari perasmian. Jadi, Waterworld i-City menjangkakan taman tema ini yang memiliki komponen riadah keempat di i-City bakal menjana peningkatan 30 % daripada 90,000 pengunjung setiap minggu,” ujar Monica Ong.


Mengenai permainan Tornado Ride, permainan ini telah terkenal di Kanada sejak sembilan tahun lalu kerana pengalaman tunggangan yang sangat menyeronokkan.

“Dalam masa selama 28 saat, mereka yang bermain permainan ini bakal merasakan debaran dan keseronokan yang tidak dapat digambarkan. Tornado Ride adalah yang pertama di rantau ASEAN merupakan usaha syarikat seiring dengan matlamat i-City untuk menjadi hab berasaskan teknologi yang memiliki konsep komersial dan riadah,” tambah Monica Ong lagi.

Waterworld@i-City beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan dari 9 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah. Tiket-tiket biasa berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Promosi cuti sekolah ini telah memberikan kemasukan percuma ke Snowalk dengan harga tiket yang sama.

Antara tarikan i-City Waterworld yang lain ialah jakuzi gergasi, pelbagai jenis gelongsor untuk kanak-kanak dan dewasa serta kolam mandi untuk kanak-kanak. I-city waterworld terletak di Bandar Shah Alam.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More