Monday, December 17, 2012

Joget Berahi Terbaru Anwar Ibrahim Di Rakam Di Hotel ?


Makin kalut Anwar Ibrahi, makin terdesak beliau, makin sesak nafas gayanya. Semuanya kerana beliau sudah menjangkakan bahawa parti milik beliau dan keluarga bakal tersungkur di tepi longkang pada PRU13 nanti.

Inilah gaya dan mutu seorang pemimpin yang diidam Dap dan Pas, mampu buat apa saja, jual apa saja dan janji apa saja demi UNDI rakyat memihak kepada mereka.

Siapa sangka, dari mimbar Masjid ke Hotel dengan pelacur dan menari terkinja di pentas serta berahi bersama 'jantan' adalah ciri terbaik yang menjadi kebanggaan Pakatan Haram. Seolah-olah sudah tiada lagi pemimpin yang terbaik yang mampu ditonjolkan oleh Pakatan Haram.

Tiga parti yang bergabung, Tiga 'joker' yang punyai cita-cita yang amat besar, ingin takluk Malaysia adalah matlamat mereka dan hanya ini saja yang mampu mereka sediakan pada rakyat. Seorang Pemimpin yang mampu bertukar warna, SESUMPAH !

Bukan niat nak sindir atau hina tarian Tamil tapi nak rakyat nampak dengan jelas, kalau ini yang Najib atau pemimpin BN yang lain buat atau isteri PM yang beraksi, sampai kiamat akan dikutuk dan dihina dengan pelbagai kata-kata.

Anwar Ibrahim pandai, dia ligat menari di pentas tapi bila disuruh ikut beberapa aksi, beliau agak tergamam, mungkin beliau berwaspada tentang cerita "sakit pinggang" beliau. Kiranya beliau meniru aksi tersebut maka rahsia yang kononnya beliau sakit itu akan terbongkar dan penipuannya selama ini akan diketahui ramai.

Salahkah Najib dan Isteri menari begini ?


Sesumpah yang suka menari sejak beliau tinggalkan perjuangan jemaah Islam ABIM


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More