- Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak lebih 30 saat.
- Anda mengetahui banyak perkara berguna mengenai automotif dan senjata.
- Percutian seminggu memerlukan hanya satu beg bimbit.
- Tidak perlu berbaris panjang untuk memasuki bilik air, tidak perlu berbaris langsung untuk membuang air kecil.
- Dapat membuka semua penutup botol dan balang.
- Kawan - kawan tidak ambil peduli sama ada berat badan anda bertambah atau tidak.
- Ketika mencari – cari rangkaian TV untuk di tonton, anda tidak perlu berhenti setiap kali terlihat adegan orang menangis.
- Tidak perlu membawa benda wajib dalam beg kecuali dompet walau kemana - mana anda pergi.
- Tidak perlu teman ke bilik air.
- Nama kekal dalam kad pengenalan anak.
- Tidak perlu mengemaskan bilik hotel sebelum meninggalkannya.
- Garaj kereta atau bilik bawah tanah kepunyaan anda seorang.
- Mendapat penghargaan dengan sedikit usaha yang rajin dan murni seperti mengemas rumah atau menolong ibu bapa.
- Khusyuk menonton Discovery Channel, terutamanya mengenai pembiakan haiwan.
- Tidak perlu mencuci tandas.
- MANDI (AIR, SABUN DAN BASUH RAMBUT) DAN SIAP BERPAKAIAN SERTA BERSIKAT DALAM MASA 10 MINIT.
- Persiapan untuk perkahwinan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersusah – payah.
- Jika seseorang lupa untuk menjemput anda ke majlis atau partinya, dia masih boleh menjadi kawan baik dan bercerita mengenai majlis tersebut kepada anda.
- Untuk tiga helai seluar dalam, anda hanya perlu membayar kurang RM 10.
- Tidak ada seseorang pun rakan sekerja mahupun bos boleh membuat anda menangis.
- Anda tidak perlu bercukur dari leher ke bawah.
- Anda tidak perlu tidur dan dicium oleh seseorang lelaki berbadan besar dan berbulu pada setiap malam.
- Teman tidur anda adalah seorang wanita yang halus dan gebu kulitnya.
- Anda tidak perlu mencium seseorang yang bermisai KECUALI anda gay.
- Jika usia anda 34 tahun dan masih solo, tiada siapa akan perasan.
- Coklat tidak menjadi masalah kepada anda.
- Tiga pasang kasut sudah lebih daripada mencukupi.
- Anda boleh berkata apa sahaja malah tergelak besar tanpa bimbang diperhati atau diperkata orang.
- Boleh berlenggang (tidak berbaju) di khalayak ramai ketika hari panas.
- Mekanik memberitahu kerosakan sebenar kereta anda serta kos termurah untuk membaikinya.
0 comments:
Post a Comment