Saturday, December 22, 2012

Nak mogok lapar??? Biar je dorang ni mati kering...

Sebuah kumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari.

Jurucakap kumpulan tersebut, Tan Woon Tian berkata, mereka mahu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat berhubung projek yang mengancam nyawa rakyat termasuk projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

"Oleh sebab itu kami bekerjasama dengan Himpunan Hijau. Kami mengharapkan kerajaan akan lebih telus dalam menangani projek seperti ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini..

Mengulas lanjut, beliau berkata, mogok lapar yang bermula jam lapan malam 27 Disember itu dijangka tamat pada 12 tengah hari, 1 Januari dengan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah berusia lingkungan 14 tahun.

“Kami juga meminta Kabinet untuk memberikan respons mereka dalam perkara ini,” katanya lagi.

Selain mogok lapar, mereka juga akan mewujudkan speaker corner yang akan menjemput wakil pertubuhan alam sekitar.

“Kami sudah maklumkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan St John Ambulans.

“Kami bagaimanapun tidak merasakan keperluan untuk memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi.

Mereka yang ingin menyertai mogok lapar tersebut boleh melayari laman Facebook kumpulan itu di Hunger Protest 100: Say No to Public Hazard: Protes Lapar Tolak Ancaman Alam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More