Friday, December 21, 2012

Nik Aziz Nafi Beliau Rasuah Tanah



Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, berita tersebut adalah fitnah daripada Utusan Malaysia dan dia akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya untuk menyaman akhbar ini.

“Mengenai rasuah tanah, sebenarnya benda ini fitnah. Sebab itu saya sebut, kalau berita keluar Utusan Malaysia, kena hati-hati.

“Contohnya Anwar Ibrahim, tetapi apabila sampai mahkamah kosong. Kerja fitnah ini kerja orang jahat yang memuja nafsu, tidak memuja Allah. 

Maka saya harap pegawai saya boleh pertimbang untuk bawa ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas berjumpa dengan rakyat Kelantan yang bekerja di Sabah di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nambikkai mendesak siasatan dibuat terhadap pemimpin itu kerana salah guna kuasa pada 2008.

Kepada yang nak buat rujukan isu Nik Aziz yang didakwa beri tanah kepada Nga dan Ngeh sila rujuk cerita itu di SINI

Antara cerita lain tapi isu tanah juga di SINI


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More