Sunday, December 16, 2012

Pelacur tak mengaku melacur.. Payah cerita beb..

Tiga wanita warga asing disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran mempertikaikan tindakan polis menahan mereka dalam operasi cegah maksiat oleh sepasukan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Jalan Paya Tiga, di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam itu, ketiga-tiga wanita berusia antara 23 hingga 27 tahun itu berjaya ditahan ketika berada di hadapan sebuah premis yang dijadikan pusat pelacuran didalangi seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun.

Mereka dipercayai masuk ke negara ini secara sah sejak 11 Disember lalu, namun melindungi tujuan sebenar untuk dilacurkan.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Sampornak Ismail berkata, pihaknya menyedari salah seorang penjaga premis memberikan isyarat kepada wanita terbabit supaya tidak menceritakan hal sebenar.

Menurutnya, alasan yang diberikan ketiga-tiga wanita terbabit gagal meyakinkan polis apatah lagi mereka dilihat turun dari kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki dipercayai salah seorang anggota sindiket.

“Polis membuat siasatan dan intipan ke atas premis berkenaan sebelum mendapati setiap pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur termasuk warga asing akan dikenakan bayaran RM180.

“Susulan intipan itu, kita membuat serbuan ke atas premis terbabit dan berjaya menahan 13 lelaki berusia lingkungan 30 tahun termasuk dua penjaga premis dan dua wanita lain dipercayai pelacur,” katanya.

Sampornak berkata, sindiket cuba mengaburi mata pihak berkuasa apabila menjadikan tingkat bawah sebagai restoran manakala di bahagian atasnya pusat pelacuran.

“Hasil pemeriksaan di bahagian tingkat atas, polis menemui lapan bilik setiap satu disediakan tilam bersama bantal.

“Kita juga turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai pemilik sebenar premis terbabit bersama dua wanita warga China sedang berehat dalam salah satu bilik itu,”katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam setiap bilik turut membawa kepada penemuan sembilan kondom dan tiga daripadanya sudah digunakan.

“Ketika polis menuruni tangga bersama yang ditahan, seorang lelaki bersama tiga wanita dari negara jiran itu cuba naik ke atas.

“Menyedari kehadiran polis, lelaki terbabit cuba melarikan diri dengan memecut kereta bagaimanapun dia dikepung polis dan berlaku pergelutan,” katanya.

Sampornak berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai bekerja dengan pemilik premis sebagai pemandu untuk mengambil dan menjemput setiap pelacur yang tiba di negeri ini.

“Ketiga-tiga wanita itu mendakwa kedatangan mereka ke negeri ini untuk melancong namun penjelasan mereka diragui memandangkan mereka tidak mempunyai wang, tidak membawa pakaian selain beg kecil berisi alat solek,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut manakala semua yang ditahan kini direman di lokap Balai Polis Kuantan.

“Kes terbabit akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.

“Manakala ketiga-tiga wanita warga asing itu sudah dihantar ke rumah pelindungan di ibu negara atas arahan Majistret Kuantan,” katanya.


p/s: Kaki main Chinadoll pun tak mengaku walaupun kantoi dalam video..., inikan pulak pelacur... Hahahaha...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More