Monday, December 10, 2012

Pelik! Api Tiba-Tiba Keluar Dari Tanah


Pelik! Api Tiba-Tiba Keluar Dari Tanah | Suaut ketika dahulu, Terenggau pernah dikejutkan dengan penemuan api bawah tanah. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu mengesahkan bahawa gas itu dikenali sebagai gas Methane. Ketika penduduk menemui gas tersebut, mereka cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api. Ternyata api tersebut hidup seperti biasa. Ini mungkin persamaan yang berlaku di Jawa Timur apabila tiba-tiba api keluar dari sebuah lubang. Bagaimana ia boleh terjadi?
Penduduk di kampung Angsokah, Madura di sini gempar dengan kewujudan api yang menyala keluar dari dalam tanah di halaman sebuah sekolah rendah di kampung mereka.
Menurut seorang guru di Sekolah Rendah Angsokah III, Jalalludin, semburan api itu terjadi selepas pihak sekolah melakukan penggalian perigi.
Katanya, selepas proses menggali mencapai kedalaman 41 meter, lubang perigi itu mengeluarkan lumpur dan bau belerang, menyebabkan mereka menghentikan kerja-kerja penggalian.
Namun pada pukul 5 pagi keesokannya, semburan lumpur berkurangan dan lubang tersebut mengeluarkan api setinggi 2.5 meter, lapor Beritajatim.com.
Jalalludin berkata, meskipun terdapat semburan api di halaman sekolah itu, namun aktiviti pembelajaran tetap diteruskan.
Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui, Eni Widyawati mengakui takut dengan kejadian itu dan menyatakan mereka terhidu bau belerang yang kuat.
Tinjauan Beritajatim.com ke tempat kejadian turut mendapati bau belerang dari lubang itu boleh dihidu sehingga sejauh 10 meter.
Sumber : Nizarazu

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More