Saturday, December 22, 2012

Rakaman Seks - Speaker Nafi



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita. 
    
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi tadi.
    
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 12.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

 Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.
    
Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar fitnah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More