Wednesday, December 19, 2012

Saya suka Rozita, dia periang dan tenang - Shah Iskandar


Gosip liar hubungan cinta Shah Iskandar dan Rozita Che Wan semakin menjadi-jadi selepas pengakuan mengejut Shah Iskandar semalam di akhbar Kosmo. Susulan daripada itu, akhbar Kosmo telah bertanya sendiri kepada Shah Iskandar samada dia memang sukakan Rozita atau hanya sekadar kawan. Berikut ialah sedikit penjelasan Shah Iskandar berkenaan gosip liar berkenaan.
Secara jujurnya saya akui Che Ta memang ada memiliki ciri-ciri tersebut, antaranya dia merupakan seorang wanita yang sangat periang, terutamanya apabila dia bercakap dalam loghat Kedah sehingga membuatkan saya terhibur semasa berada di lokasi.

Pada masa yang sama, saya juga melihat dia seorang wanita yang sangat tenang. Sebagai contohnya, apabila gosip mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan seseorang, saya lihat dia tenang berhadapan dengan situasi tersebut dan tidak cepat melatah.

Apabila berbincang tentang gosip yang melanda kami berdua, dia sekadar ketawa dan enggan melayan cerita tersebut. -
Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More