Thursday, December 20, 2012

URB Mulakan Operasi Secara Rasmi



KUALA LUMPUR – Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia sebagai langkah untuk mengurangkan masalah jenayah di kawasan tumpuan ramai, memulakan operasinya Khamis malam.

 Tinjauan Bernama di Jalan Bukit Bintang di sini mendapati URB Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang beroperasi 24 jam memberi tumpuan kepada kawasan orang ramai dan kawasan panas yang sering berlaku jenayah.

Ketua Unit Rondaan Motosikal IPD Dang Wangi Insp Rastam Affandi Md Ramli berkata URB beroperasi dalam tiga syif tugasan dengan unit rondaan itu turut mendekati masyarakat selain mencegah jenayah.

“Unit ini menyasarkan untuk menurunkan jenayah jalanan yang menjadi kebimbangan orang ramai. Diharap penubuhan unit ini dapat membantu meredakan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata lima anggota bermotosikal ditugaskan bagi setiap syif tugasan dan IPD Dang Wangi mempunyai sejumlah 24 motosikal untuk kegunaan URB. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More