Thursday, December 20, 2012

Wakil Rakyat Pas Sakit Gila Bini Orang


Seperti yang MI janjikan, selesai cerita skandal Adun Pas Selising dengan bini Ketua Cawangan Pas yang kena tangkap dalam gerabak keretapi, kini MI tunaikan cerita lagi seorang Adun Pas Kelantan, kali ini kisah agak berbeza, bukan Isteri orang yang turut menggila laki orang tapi bagaimana Adun Pas ini menabur kemewahan $$$ agar isteri orang yang cantik ini merangkak datang berzina dengannya.

Kisah ini bukannya baru dan tidak terlalu lama, malah ianya bukan satu isu samada terkini atau yang dah berlalu. Penyokong fanatik Pas akan terjah cerita ini dengan satu sindrom alasan mudah, cerita ini cerita lama dan tak perlu diungkitkan kembali.

Isu dosa bukan isu lama atau usang, dosa tetap dosa dan dosa ini bakal menjadi virus untuk membuat dosa baru dan berulang kali kerana ZULMAT adalah titik hitam yang melekat dihati insan yang suka membuat dosa. Tanpa taubat yang ikhlas maka ianya bakal menjadi habit atau penyakit yang sukar diubati.

Gambar di atas MI terpaksa 'blur'kan dia kerana permintaan tuan empunya badan. Seorang isteri yang hampir terjerat hanya kerana terlalu naif dalam dunia perniagaan yang berasaskan kepentingan politik. Kebaikan yang ditonjolkan oleh Wakil Rakyat Pas tersebut rupanya adalah umpan untuk heret isteri orang ini ke ranjang zina.

Menurut isteri malang ini, beliau mula terasa ada sesuatu yang tak kena bila jemputan untuk ke Kelantan bermula dengan beliau dan suami serta anak-anak, kemudian mula menjemput beliau seorang sahaja untuk turun ke Kelantan atas urusan nak bagi projek malah semua perbelanjaan samada beliau turun bersama suami atau seorang diri ditanggung oleh Wakil Rakyat Pas tersebut.

Bermula saat itu, setiap kali Wakil Rakyat Pas itu datang ke KL maka, beliau terpaksa 'entertain' kerana nak jaga hati Adun Pas tersebut. Bermula dengan makan malam di KL hinggalah Adun tersebut berani luahkan bara berahi mengajak isteri orang untuk ke kamar hotelnya.

Segala pujuk rayu bukan hanya dengan belanja makan sahaja, Adun Pas tersebut mula membelikan barangan mahal dan bercerita projek masa depan yang bakal diperolehi oleh isteri orang ini. Bakal membuatkan wanita ini jadi jutawan hasil dari projek dari kerajaan Negeri Kelantan.

Malah, di suatu ketika, pernah isteri orang ini hampir terjerumus ke lembah berahi kerana Adun Pas ini berjaya membawanya hingga ke kamar hotel. Adun Pas ini ketika itu mula memujuk rayu agar diberi peluang meratah batang tubuh isteri orang dengan alasan suami takkan tahu kerana tak luak sikit pun, tak calar walau seinci tubuh, itulah janji dan pujuk rayu iblis yang bertopengkan manusia.

Menurut wanita ini, beliau disaat itu hampir serahkan segalanya, namun Allah masih sayangkan beliau. Beliau sedar dan terus lari tinggalkan bilik hotel dan terus pulang ke rumah. Hingga hari ini beliau tidak menceritakan hal ini kepada suaminya.

Sejak dari kejadian beliau hampir dilemaskan, Adun Pas tersebut mengambil langkah berani dengan 'meminang' beliau. Sanggup untuk ceraikan mana-mana atau ke semua isterinya ketika itu. Adun Pas ini sudah ada dua isteri. Setiap hari Adun Pas ini akan buat panggilan merayu, kadang-kadang panggilan dan sms juga mula berbaur lucah. Wanita malang ini mula takut Sang suami tahu dan rumahtangga yang dibina selama ini akan roboh.

bersambung ; rupanya bukan beliau sahaja yang dirayu, kawan baik beliau sendiri juga di ajak berzina oleh Adun Pas ini dan ianya juga isteri orang !


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More