Sunday, October 21, 2012

Anwar diserang penyakit gilababi..

Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’.

“Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

“Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.

“Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

“Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan ‘edan’, iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila,” katanya didepan 100 hadirin.



p/s: Anwar dah semakin gila beb.. Gua nampak, Anwar terlampau takut dengan Najib sampaikan dia tak mampu nak berfikir dengan waras..

Cakap pun dah makin merapu tak tentu hala.. Macam ni ke orang yang dikatakan bakal Perdana Menteri? Hancur hancurrr...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More