Thursday, October 25, 2012

Apa Itu Air Mani?


Air mani adalah air yang keluar dari anggota kelamin manusia ketika melakukan hubungan seks atau terangsang secara seksual. Baik lelaki dan wanita, kedua – duanya mempunyai air mani yang mempunyai tugas masing – masing iaitu mempunyai kebaikan yang tersirat.

Contohnya air mani lelaki boleh menghasilkan zuriat dan membolehkan si isteri untuk kelihatan awet muda dan kelihatan lebih seksi dari sebelumnya manakalah air mani wanita boleh menyihatkan zakar suami dan dalam masa yang sama membantu lelaki untuk membina sistem pertahanan badan yang lebih kuat.

Selain air mani, ada lagi satu lagi jenis cecair yang keluar dari alat kelamin dan ia di namakan sebagai air mazi. air mani adalah sangat berbeza dari air mazi dari segi warna, bau dan keadaan badan ketika mengeluarkannya. Air mazi biasanya keluar pada awal – awal hubungan seks atau ketika anda terlalu penat bekerja manakala air mani hanya akan keluar apabila anda alami puncak syahwat iaitu orgasme. Orgasme akan menyebabkan anda memancut keluar air mani dan selepas itu anda akan rasa letih dan penat.

Sifat air mani lelaki adalah ia pekat dan berwarna keputihan manakala air mani wanita pula adalah cair dan berwarna kekuningan. Baunya agak pekat dan menyengat namun anda selesa akan bau tersebut.Bagi lelaki, kepekatan dan jumlah air mani mereka bergantung pada keadaan iaitu kekuatan tubuh badan mereka, tahap kesihatan mereka dan diet yang mereka ambil.

air mani adalah sesuatu yang suci dan ia bukanlah najis tetapi anda wajib mandi junub jika alat kelami anda mengeluarkan air mani untuk pembersihan dan pemulihan tenaga syahwat anda. Untuk menyucikan air mani yang terlekat pada baju, anda perlu basuh dan membilasnya jika air mani tersebut dalam keadaan basah dan anda hanya perlu mengikisnya jika air mani tersebut berada dalam keadaan kering.

Jangan keluarkan air mani secara sengaja iaitu di luar lingkungan anda melakukan hubungan seks kerana ia akan melemahkan anda.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More