Wednesday, October 24, 2012

Apple Lancar IPad Mini!


Syarikat gergasi teknologi, Apple, yang sebelum ini merahsiakan penghasilan produk terbaru akan mengadakan sidang media pada 23 Oktober di California bagi pelancaran model iPad yang lebih kecil dan murah untuk dimiliki.

Menurut sumber, Apple telah menghantar e-mail kepada media seluruh Amerika Syarikat dengan mesej ringkas, “Kami masih mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama. Dijemput untuk bersama kami di California Theatre, San Jose pada 23 Oktober, jam 10:00 pagi.”

September lalu, Apple telah melancarkan produk terbaru iPhone 5 secara rasmi yang mendapat sambutan memberangsangkan, namun pada 23 Oktober ini pihak media yang menerima email beserta rekabentuk logo pelangi membayangkan syarikat tersebut telah bersedia untuk melancarkan produk mini tersebut.
Berbagai laporan di media menyebut produk rahsia ini bakal memperkenalkan versi tablet yang lebih kecil, dengan saiz sekitar 7- atau 8-inci berbanding dengan iPhone 5 dengan skrin berukuran 10 inci.

Walaubagaimanapun, Apple tidak memberikan komen serta reaksi mengenai produk terbaru ini sekalipun media telah melabelkannya sebagai “iPad Mini.”

iPad yang lebih kecil membolehkan Apple untuk bersaing bagi menguasai pasaran tablet bersaiz kecil seperti Amazon’s Kindle Fire dan Google’s Nexus 7, sekaligus melonjakkan jualan yang semakin didominasi oleh Amazon dan Google.

Dalam laporan lain turut menyebut Apple juga bakal melancarkan produk terbaru termasuk MacBook Pro 13 inci dengan “retina display” serta Mac Mini yang telah dinaiktaraf.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More