Sunday, October 7, 2012

Beego Bakal Risik Linda Tengah Bulan Ini


Ini satu khabar gembira dari pasangan pelakon tanah air yang sedang hangat bercinta ketika ini kepada peminat-peminatnya.
Menerusi laporan Berita Harian, dikhabarkan Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, atau lebih dikenali dengan nama Beego bakal merisik kekasih hatinya, Linda Hashim, 28, pada pertengahan bulan ini.
Menurut Beego, dia sudah pun membawa pulang Linda ke Johor Bharu berjumpa dengan ahli keluarganya pada Hari Raya yang lalu.
Katanya, keluarganya begitu sukakan Linda yang berbudi bahasa kepada orang-orang tua.
“Beego dah bawa Linda jumpa keluarga Beego di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum Ramadan dan Aidilfitri lalu.
“Mak dan nenek Beego suka sangat dengan budi bahasa Linda,” kata Beego.
Malah, Beego juga mengakui sudah pun berjumpa dengan keluarga Linda juga.
Nampaknya, keluarga kedua-dua belah pihak saling merestui hubungan antara mereka berdua.
Beego memberitahu sudah pun merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Linda pada pertengahan tahun 2013.
Semoga apa yang dirancangkan menjadi kenyataan dan membawa sinar kebahagian sekali lagi dalam hidup Beego. InsyaAllah.
-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More