Sunday, October 7, 2012

Benjy Bersyukur Masih Diterima Orang Ramai



KUALA LUMPUR – Selepas keluar dari pusat pemulihan tahun lalu, pelakon lelaki, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 34, mengakui bersyukur kerana dirinya masih diterima oleh masyarakat meski pun pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya.
Pada tahun 2010, Benjy telah ditangkap kerana terlibat dengan kes dadah yang menjadi isu panas ketika itu.
Sejak dari itu, namanya kian dilupakan dalam industri seni hiburan walaupun ibunya, Azean Irdawaty kerap memohon pihak-pihak tertentu membantu anaknya bebas dari kes tersebut.
Bagi Benjy, selepas keluar dari pusat pemulihan, dia mahu pengalaman pahit itu menjadi iktibar kepada dirinya dan juga kepada orang ramai supaya sentiasa positif dalam hidup.
“Apa yang telah berlaku biarlah ia menjadi iktibar untuk semua. Syukur saya masih diterima oleh umum dan masih ditegur kalau ada yang berjumpa saya di luar.
“Perkara-perkara ini sedikit-sebanyak membantu saya menjalani kehidupan seperti biasa, selebihnya saya hanya melihat kepada benda yang positif,” kata Benjy yang dipetik dari portal Murai.com.
Bercerita mengenai kehidupan peribadinya, Benjy menjelaskan dia bakal membuka perniagaan bersama teman-temannya.
Namun, jujur dia mengakui hubungannya dengan isteri bakal berakhir kerana tidak mempunyai persefahaman lagi.
Begitu pun, Benjy menganggap rumah tangganya yang dibina bersama Safiya Stephanie Kar Leng Lee sudah tidak mempunyai jodoh lagi dan memikirkan bercerai adalah jalan terbaik.
“Ramai yang masih memberikan sokongan terutama kawan-kawan lama dan keluarga sudah tentunya lebih lagi. Cuma yang kurang kini hanyalah status saya yang bakal menjadi duda tidak lama lagi. Keputusan masih belum dibuat dan saya sedang menunggu perintah daripada mahkamah sahaja.
“Mungkin sudah tiada jodoh saya dengan isteri dan saya menerima keputusan ini untuk kebaikan bersama. Lagipun kami berpisah secara aman dan tidak ada sebarang masalah. Begitu juga dengan hak penjagaan anak, kami berdua diberikan hak yang sama untuk menjaganya,” kata Benjy.
-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More