Monday, October 1, 2012

BONGKAR!!! Kenapa Blogger Pakatan ni dedahkan identiti Ah Beng..

Hari ni gua dimaklumkan oleh sumber dalaman Pakatan di Penang bahawa TKM1 Mansor Othman akan meletakkan jawatannya tak lama lagi akibat tekanan dari pemimpin tertinggi dorang..

Ah Beng yang marah bila dilabelkan sebagai cocky & Arrogant oleh Mansor, menyifatkan pemimpin PKR tu tak layak berada dalam barisan kepimpinan negeri..

Sumber gua memberitahu, Mansor diberi kata dua samaada letak jawatan, ataupun dipecat kerana 'menderhaka'.. Jadi jalan yang paling profesional, Mansor dikatakan dah pilih untuk bersara..

Sekarang ni apa yang gua tahu, pengganti Mansor sebagai TKM1 yang baru sedang dicari.. Nama Malik itik antara yang tertinggi menjadi bualan..

Dengarnya, Malik 'direstui' oleh Ah beng untuk ganti tempat Mansor.. Tapi gua diberitahu bahawa ada bantahan dari Ramasamy TKM2 dan konco-konconya..

So.., tekanan supaya meletakkan jawatan yang dihadapi oleh Mansor ni telah membuatkan penyokong dan pencacainya dalam PKR meroyan marah pada Ah beng..

Pasal tu lah gambar Ah Beng bersama sorang amoi cun memegang gelas BEER didedahkan didalam blog-blog Pakatan.. (Sila rujuk blog Anak Sungai Derhaka dan Milosuam)

Semua ni dilakukan bagi memalukan imej Ketua Menteri yang berimej islamik dan warak tu dimata penyokong Pakatan khususnya Pas..

Gua rasa, blogger-blogger PKR ni marah pada Ah Beng sebab mahu memecat pemimpin dorang dari barisan kepimpinan negeri Penang..

Lagipun, kalau Mansor letak jawatan.., habislah periuk nasi blogger satu Parlimen dengan gua tu.. Gua difahamkan, selama ni Mansor lah yang payroll dia..

Jadi.., sebelum Mansor di'bersara'kan.., blogger-blogger macai termasuk Milosuam tu berusaha untuk bagi tekanan pulak pada Ah Beng.. Kira macam balas dendam lah beb...


Apapun.., semua ni menunjukkan bahawa Pakatan di Penang ni memang dah kacau bilau.. Bukan saja pemimpin dorang bertelagah.., golongan macai dibawah pun meroyan jugak beb..

Kita tunggu saja apa kesudahan semua ni.. Kita tengok sapa yang kena nanti... Hahahahaha...


p/s: ASD dan Milosuam taknak dedahkan ke sapa sebenarnya amoi yang bersama Ah Beng tu? Kalau malu nak dedahkan, biar gua je yang bongkar... Tapi share lah sikit elaun korang tu dengan gua.. Boleh? Hahahahahaha....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More