Monday, October 15, 2012

Bumbung Airport Runtuh!!! Bala Tuhan pada khalipah Lim..

Adakah ni tanda Tuhan marah pada Ah Beng?

Mengikut laporan dari Bernama, beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dah runtuh dan mengakibatkan seorang pekerjanya cedera.

Pengurus Kanan PIA Mohd Arif Jaafar berkata ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.

"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi, Isnin.

Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh. - Bernama

Biasanya kalau sesuatu binaan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, puak-puak penyokong Pakatan laknatullah khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Tuhan terhadap pemimpin BN.

So bila siling runtuh di negeri pimpinan khalifah Lim, itu jugak merupakan tanda Tuhan marah pada pimpinan DAP tersebut beb.. Bukan gua yang kata aaa..., gua cuma ikut KPI Pakatan je...

Mungkin Tuhan marah sebab Khalipah Lim selalu dok tindas rakyat miskin di Penang.., atau mungkin Tuhan marah sebab Khalipah pujaan Pas tu bergambar bersama BEER dalam sebuah majlis perasmian Pub..

Yang lawaknya, Ah Beng salahkan Menteri Pengangkutan bila siling Airport tu runtuh.. Katanya, Menteri Pengangkutan yang bertanggung jawab..

Biasalahh..., kalau tak menyalahkan orang.., bukan Ah Beng lah namanya beb... Hahahaha...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More