Saturday, October 27, 2012

CIKGU TADIKA KEJAM MENDERA MURID!

Kepada ibu bapa di luar sana anda harus sentiasa mengawasi dan meninjau aktiviti anak-anak anda di mana-mana pun termasuklah di tadika atau pun sekolah.

Lihatlah bagaimana cikgu kejam ini berseronok menyiksa murid-murid yang tidak berdosa dan tidak berdaya.

SAKIT... Murid malang ini menjerit kesakitan ketika diangkat Yanhong dengan memegang cuping telinganya.

MELAMPAU... Kepala seorang murid diserkup dengan bakul sampah.

ZALIM... Seorang murid dicampak ke dalam tong sampah.


Foto lain menunjukkan kanak-kanak dengan mulut mereka ditutup pita pelekat dan tangan mereka dilekatkan ke meja agar mereka duduk diam tidak bergerak. Satu lagi foto menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dalam tong sampah dengan belakang tubuhnya melengkung di tepi tong sampah.


Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media tempatan, Yanhong menjelaskan dia dan murid berkenaan hanya berseronok.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan: “Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit dan melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan awam tempatan.”


Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja itu, tetapi diambil bekerja ekoran kekurangan tenaga pengajar.


Awal minggu ini seorang lagi guru di negara itu mencetuskan kemarahan apabila rakaman menunjukkan dia menampar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berulang kali.

Inilah gambar cikgu yang berperangai syaitan tu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More